Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    The Rock kembali ke ‘Jumanji 3’

    BINTANG Hollywood, Dwayne Johnson, yang terpaksa memendekkan aktiviti penggambaran bagi filem ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ setelah menghidap masalah paru-paru berair, kini telah kembali meneruskan tugasnya.

    Pelakon ‘Rampage’, yang turut dikenali sebagai The Rock itu, sibuk menjalani penggambaran bagi filem pengembaraan itu, namun buat kali pertama sepanjang karier, dia tidak dapat meneruskannya mengikut jadual yang ditetapkan berikutan masalah kesihatan yang dialaminya dan terpaksa mengakhiri tugas sehariannya lebih awal untuk mendapatkan rehat yang mencukupi.

    “Apabila saya bangun semalam, saya merasa demam,” katanya dalam satu ciapan di Instagram baru-baru ini.

    “Saya bertemu dengan doktor dan dia mengatakan paru-paru saya berdepan masalah cecair,” tambahnya.

    “Kembali ke tempat kerja, buat kali pertama sepanjang karier saya, bertinju di seluruh dunia dengan kesakitan dan kecederaan, berlakon serta mengelilingi dunia, kelmarin merupakan kali pertama saya terpaksa menghabiskan penggambaran tiga jam lebih awal. Saya terasa sangat sakit dan tidak dapat mengakhiri tugas dan terpaksa memandu pulang dalam kesakitan.”

    Pelakon itu berkongsi berita terbaharunya itu bersama sekeping gambar yang memperlihatkan ubat-ubatan seperti antibiotik, suplemen vitamin, namun kemudian mendedahkan bahawa dia sudah sihat seperti biasa dan kembali ke set penggambaran untuk meneruskan tugasannya seperti biasa.

    “Saya sudah kembali bekerja. Bersedia untuk mengakhiri apa yang telah saya mulakan dan mengakhiri minggu ini dengan semangat kuat bersama kru yang telah berusaha keras selama ini.”

    Sementara itu, para peminatnya mendoakan agar bintang terkenal itu segera kembali sihat, yang kemudiannya berkongsi rasa berterima kasihnya kepada mereka yang mendoakannya.

    Filem ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ bakal menyaksikan lakonan daripada Karen Gillan, Jack Black dan Nick Jonas bersama beberapa orang pelakon baharu Danny DeVito, Danny Glover dan Awkwafina. – Agensi

    Reaksi The Rock ketika melakonkan wataknya dalam filem Jumanji.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda