Sunday, February 16, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    The Rose akan singgah di Malaysia

    Kumpulan indie Korea Selatan The Rose bakal menghiburkan peminat di Malaysia dalam siri jelajah konsert The Rose Dawn to Dust Tour pada 31 Januari ini.

    Kuala Lumpur merupakan antara lokasi persinggahan The Rose di Asia Tenggara termasuk Amerika Utara, Eropah dan Asia.

    Dianggotai oleh Kim Woosung (vokal/gitar), Park Do Joon (keyboard/vokal), Lee Ha Joon (pemain dram) dan Lee Jae Hyeong (pemain bass), anggota kumpulan itu bertemu ketika acara busking di Seoul dan bernaung dalam label mereka sendiri iaitu Windfall dengan kerjasama Transparent Arts.

    Dalam pada itu, populariti The Rose bukan hanya sekadar secara berkumpulan, malah setiap anggota mereka mampu menempa kejayaan sendiri dalam industri hiburan.

    Memetik laporan mStar, Woosung pernah berkolaborasi dengan mendiang Ryuichi Sakamoto dan Suga BTS untuk lagu Snooze dan meminjamkan suaranya menerusi siri animasi dibintangi Ali Wong.

    Manakala Do Joon, Ha Joon dan Jae Hyeong pula pernah muncul dalam beberapa K-drama dan siri web.

    Pada 2022, The Rose dinobatkan sebagai Band of the Year di Premio Annual K4US Brazil selepas membuat persembahan di acara Lollapalooza yang diadakan di Chicago, Sweden, Brazil Chile dan Argentina, serta Festival Jazz Montreux di Switzerland dan BST Hyde Park di England.

    Untuk rekod, The Rose mempunyai dua album studio berjudul Heal dan Dual, dua EP Void dan Dawn, satu album tunggal Red serta beberapa lagu hit popular yang berjaya mencatatkan kejayaan dalam carta teratas peringkat global.

    Konsert The Rose Dawn to Dust Tour yang berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur itu menawarkan harga tiket bermula dari RM298 sehingga RM898. – Agensi

    The Rose bakal menghiburkan peminat di Kuala Lumpur. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda