Tuesday, August 9, 2022
26.8 C
Brunei

The Saints menang bergaya, hindari badi penyingkiran

-

SOUTHAMPTON, UNITED KINGDOM, 12 JAN – Southampton menghadiahkan permulaan cemerlang kepada pemilik baharu, Dragan Solak yang merupakan ahli perniagaan Serbia, dengan kemenangan 4-1 ke atas Brentford kelmarin sekali gus meletakkan kedudukan mereka jauh dari zon penyingkiran.

The Saints kelihatan semakin pasti beraksi di liga utama musim hadapan selepas mereka berjaya memintas Brentford di kedudukan ke-11, dengan 13 mata dari kedudukan tiga tercorot.

Pemilik baharu Southampton, Sport Republik diasaskan oleh Rasmus Ankersen, yang baru sahaja meletak jawatan sebagai pengarah bersama di Brentford.

Ankersen membantu membawa The Bees kembali ke liga utama buat kali pertama dalam 74 tahun.

Tetapi dalam perlawanan pertama Southampton di tempat sendiri sejak pengambilalihan AS$135 juta dimeterai, ia adalah malam yang perlu dilupakan untuk Brentford.

“Pemilik telah melihat perlawanan yang bagus hari ini dan berhak mendapat tiga mata,” kata bos Southampton, Ralph Hasenhuttl selepas pasukannya menjaringkan empat gol di tempat sendiri untuk pertama kalinya dalam perlawanan Liga Perdana sejak 2017.

“Tidak selalu terjadi jika perlawanan hampir tamat dan kami merasa selesa kerana kadang-kadang ia sesak di sini. Hari ini kami memberikan persembahan yang hebat.”

Tandukan Jan Bednarek memberikan jaringan hanya selepas lima minit apabila dia mendapat sepakan sudut James Ward-Prowse. Vitaly Janelt berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-23 hasil sepakan voli.

Tetapi Southampton segera mengembalikan kelebihan apabila rembatan kencang Ibrahima Diallo dari tepi kembali masuk dari tiang dan melantun ke gawangnya sendiri dari penjaga gol Brentford, Alvaro Fernandez. – AFP

Aksi Romain Perraud (kiri) dan Pontus Jansson bersaing mendapatkan bola semasa perlawanan di Stadium St Mary, semalam. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -