Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    The Trolling Team menang kejohanan Mobile Legend

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – The Trolling Team berjaya meraih trofi kemenangan dalam kejohanan Mobile Legend yang dianjurkan oleh Kelab e-Sukan Institusi KEMUDA, di Kampus KEMUDA, Beribi, baru-baru ini.

    Pertandingan tersebut disertai oleh pasukan SuperBocil, J4F dan KPJ4F.

    Kejohanan tersebut dimulakan dengan pusingan penyingkiran dan diteruskan dengan perlawanan antara empat pasukan teratas dalam pusingan separuh akhir dan final. Dalam perlawanan final, The Trolling Team berjaya memenangi dengan keputusan 2-0 menentang SuperBocil.

    Sementara itu, pertandingan sedemikian diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan daya pemikiran strategik, kerja berpasukan, komunikasi, kepimpinan, kemahiran prestasi dan membina keyakinan diri.

    The Trolling Team semasa menerima trofi kemenangan selepas berjaya menewaskan SuperBocil dalam kejohanan Mobile Legend yang dianjurkan oleh Kelab e-Sukan Institusi KEMUDA. – Gambar serahan KEMUDA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda