Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

The Trump Organization umum projek menara baharu

MUMBAI, 20 MAC – The Trump Organization dan rakan kongsi hartanah tempatannya telah mengumumkan projek menara komersial baharu di India ketika perniagaan keluarga Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berusaha untuk memanfaatkan permintaan di negara paling ramai penduduk di dunia itu.

India sudah pun menjadi rumah kepada empat kompleks kediaman berjenama Trump, menjadikannya pasaran terbesar di luar Amerika untuk perniagaan keluarganya, dengan lebih banyak projek dalam masa terdekat.

Rakan kongsi India, Tribeca Developers, mengumumkan kelmarin, ia akan membangunkan Trump World Center baharu di bandar Pune di barat India dengan kerjasama syarikat hartanah Kundan Spaces.

“Projek itu, dijangka menjana jualan melebihi AS$289.6 juta, akan menjangkau lebih daripada 1.6 juta kaki persegi dan menampilkan dua menara kaca ikonik dengan lebih 27 tingkat ruang pejabat,” kata satu kenyataan.

“Perkembangan baharu ini menandakan penyertaan pertama The Trump Organization dalam hartanah komersial di India dan akan menyertai portfolio luas hartanah kediaman Trump di rantau itu,” katanya.

Naib Presiden Eksekutif The Trump Organization, Eric Trump, dan anak kedua Presiden AS, berkata dalam kenyataan bahawa India telah menerima jenama Trump dengan perasaan teruja. – AFP

Gambar Envato
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda