KISAH percintaan penyanyi dan pelakon, Selena Gomez sering menjadi topik menarik untuk dibicarakan.
Setelah bertahun-tahun terpalit dengan ‘drama’ cinta bersama Justin Bieber, dia kini dilihat sudah mampu ‘bahagia’ bersama The Weeknd.
Apa yang pasti, pasangan selebriti ini berjaya membuktikan hubungan mesra antara mereka masih berlanjutan sehingga kini.
Bahkan, bekas bintang Disney ini juga pernah menyatakan The Weeknd adalah lelaki sempurna untuknya sehingga ada yang mula beranggapan adakah The Weeknd merupakan cinta sejatinya.
Menerusi temu bual dipetik dari Instyle Magazine, Selena mengaku bahawa pemilik nama asal Abel Makkonen Tesfaye itu tidak hanya mampu bergelar kekasih, tetapi juga sahabat terbaiknya.

“Saya tak berharap pada satu hal begini untuk menjadikan kehidupan lebih bahagia. Penting bagiku untuk mencintai teman-teman dan juga keluarga selain meyakinkan mereka bahawa aku tak mudah ‘kalah’ dipengaruhi seorang lelaki.
“Aku ingin menjadi kuat selama bertahun-tahun, namun aku belum benar-benar mampu,” kata Selena.
Tambahnya lagi, pengalaman cinta sebelum ini berlangsung disaat dirinya masih begitu muda dan tidak matang.
Berbeza dengan hubungan bersama The Weeknd yang disifatkan sebagai satu keberuntungan kerana lelaki itu mampu bergelar sahabat terbaik buat dirinya.
“Dia seorang yang matang dan mempunyai keperibadian yang baik jauh dari yang sebelumnya,” kata Selena.