AUSTRIA, 4 OGOS – Pilihan utama dan pemain nombor empat dunia Dominic Thiem melakar kejuaraan ke-14 dalam karier dan pertama di gelanggang tanah air sendiri selepas mengalahkan pemain Sepanyol Albert Ramos-Vinolas 7-6 (7/0), 6-1 pada final tenis Terbuka Generali di Kitzbuehel, hari ini.
Ia kejuaraan ketiga dimenangi Thiem pada 2019 selepas memenangi kejohanan Masters di Indian Wells dan Barcelona ketika kemuncak saingan Roland Garros di mana dia menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Rafael Nadal buat tahun kedua berturut-turut.
Thiem, yang tewas pada aksi final kepada David Goffin di Kitzbuhel pada 2014, menjadi pemain ke-dua dari Austria yang memenangi kejuaraan di negara sendiri selepas bekas pemain nombor satu dunia, Thomas Muster pada 1993. – AFP