Monday, October 2, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    Thiem tidak beraksi Piala ATP

    VIENNA, 20 DIS – Dominic Thiem berkata semalam bahawa selesema yang dialami telah memaksanya menggugurkan rancangan untuk menggunakan kejohanan Piala ATP pada bulan depan sebagai sesi persediaan untuk Terbuka Australia.

    Pemain dari Austria itu, menduduki tangga ke-15 dunia, telah disingkirkan dengan kecederaan dalam tempoh enam bulan lalu dan minggu lalu menarik diri daripada satu acara di Abu Dhabi.

    “Saya mengalami selesema semasa saya berada di Dubai dan tidak dapat menjalani latihan pada minggu lalu,” kata pemain berusia 28 tahun itu dalam satu kenyataan.

    “Dengan itu, saya tidak berada dalam keadaan fizikal yang baik untuk bertanding dalam Piala ATP dan ATP Sydney 250.

    “Selepas tidak beraksi selama enam bulan, saya tidak mahu mengambil risiko kembali terlalu awal dan memburukkan lagi kecederaan yang dialami.”

    Thiem, yang memenangi kejohanan Terbuka AS 2020, dijadual beraksi dalam saingan pembukaan Piala ATP menentang juara bertahan dan pemain nombor dua dunia Daniil Medvedev.

    “Tujuan saya adalah bermain dalam Terbuka Australia, tetapi kami akan membuat keputusan muktamad mengenai penyertaan saya pada akhir Disember,” kata Thiem, menambah pergelangan tangannya yang cedera ‘sudah hampir 100 peratus sembuh.’

    Kejohanan Terbuka Australia bermula di Melbourne pada 17 Januari. – AFP

    Gambar fail menunjukkan aksi Dominic Thiem semasa menentang Pablo Andujar dari Sepanyol dalam perlawanan The Roland Garros Terbuka Perancis di Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan