Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thiem tidak setuju pelan Djokovic

    VIENNA, 27 APRIL – Pemain tenis nombor tiga dunia, Dominic Thiem meluahkan keraguan kelmarin mengenai rancangan menubuhkan dana untuk membantu pemain ranking bawah yang bergelut disebabkan penggantungan sukan itu kerana pandemik.

    Dalam satu temu bual dengan akhbar Austria, Krone, Thiem ditanya mengenai pengumuman minggu lalu oleh juara dunia, Novak Djokovic bahawa dia sedang berusaha bersama Roger Federer dan Rafael Nadal untuk menubuhkan dana membantu pemain yang bergelut dengan penggantungan perlawanan disebabkan oleh pandemik koronavirus.

    “Sejujurnya saya perlu katakan tiada pemain tenis berjuang meneruskan hidup, walaupun mereka berada di ranking pertengahan,” kata Thiem, menambah, “Tiada seorang pun daripada mereka akan kebuluran.

    Menurutnya, berdasarkan pengalaman bertanding dalam pusingan Futures sukan telah menunjukkan kepadanya bahawa ‘ramai pemain yang tidak menganggap sukan ini segala-galanya dalam hidup mereka dan tidak profesional.

    “Saya tidak melihat mengapa saya perlu memberi wang kepada permain sebegitu,” tambahnya lagi.

    “Saya lebih rela memberikan wang saya kepada orang lain atau pertubuhan yang benar-benar memerlukan,” kata Thiem.

    Pelan yang dicadangkan oleh Djokovic akan mengumpulkan antara $3 juta dan $4.5 juta, dengan wang tunai diambil dari hadiah utama final jelajah dunia akhir musim ini atau kumpulan bonus terakhir untuk pemain teratas.

    “Tiada seorang pun dari kami pemain terbaik menerima sebarang sumbangan, kami terpaksa berjuang untuk mendapatkanya,”kata Thiem.

    “Saya tidak memberi sebarang jaminan dalam sebarang pekerjaan bahawa saya akan melakukan dengan baik dan meraih banyak wang, itu pendapat saya mengenai perkara ini,” katanya. – AFP

    Gambar fail Thiem ketika menewaskan Djokovic 1 Feb 2020 di Terbuka Australia. Thiem merasa skeptis mengenai rancangan menubuhan dana bagi pemain ranking bawah yang menurutnya tidak mengalami kesukaran kewangan meskipun kurangnya perlawanan disebabkan penggantungan akibat pandemik. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda