WASHINGTON, 31 Mei – Justin Thomas mencapai satu cita-cita kerjaya bulan ini dengan menjadi pemain golf nombor satu dunia, namun pemain Amerika berusia 25 tahun itu berharap untuk berada di kedudukan teratas buat jangka masa yang lama.
Thomas, yang menang gelaran utama dalam Kejohanan PGA tahun lalu, mengatasi Dustin Johnson pada 13 Mei untuk menjadi pemain ke-21 untuk meraih kemuncak perlawanan golf sejak peringkat bermula pada 1986.
Tiger Woods, juara utama 14 kali, mempertahankan rekod selama 683 minggu berada di kedudukan teratas sebelum ditewaskan pada 2014.
Manakala Johson mempertahankan gelaran itu selama 64 minggu. Hanya Woods, Greg Norman, Nick Faldo dan Rory McIlroy berjaya mempertahankannya buat tempoh yang lama. – AFP