Monday, December 5, 2022
23.3 C
Brunei

-

Thomas Sorensen bersara selepas 24 musim

MELBOURNE, 26 Julai – Bekas penjaga gol antarabangsa Denmark, Thomas Sorensen berkata bahawa dia bersara dari bola sepak profesional selepas kerjayanya mencecah 24 tahun.

Penjaga gol veteran itu sudah beraksi lebih 350 perlawanan dalam Liga Perdana bersama Sunderland, Aston Villa dan Stoke City, Sorensen telah bermain sebanyak 101 kali bersama pasukan kebangsaan Denmark.

Pemain berusia 41 tahun itu mengakhiri kerjayanya selepas dua musim bersama Melbourne City dalam Liga-A, Australia, di mana dia dinamakan penjaga gol tahunan liga dalam musim pertamanya.

“Ia adalah keputusan yang sangat mencabar, tetapi selepas melihat kembali kerjaya saya dan pencapaian saya sehingga ini, saya tahu masanya adalah tepat, dari segi mental dan fizikal,” kata Sorensen dalam satu kenyataan.

“Saya berada di tempat istimewa untuk bermain sukan yang saya kasihi dan menikmati kerjaya melebih 20 tahun, termasuk beberapa detik gemilang dan saya pasti akan mengingati semula kerjaya saya.”

Tumpuan Sorensen kini akan berubah kepada berbasikal kerana dia kini menganjurkan ‘Ride for Kids’, sejauh 3,500 kilometer berbasikal pada bulan Februari tahun depan di Australia bagi mendapatkan dana untuk badan amal kanak-kanak. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -