Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thomas, Spieth benam Tiger, McIlroy

    MIAMI, 11 DIS – Pemain golf Amerika Syarikat (AS), Justin Thomas dan Jordan Spieth mendominasi Tiger Woods dan juara dunia, Rory McIlroy semalam dengan kemenangan tiga dan dua dalam The Match, acara yang dicipta untuk siaran televisyen.

    Pemain ranking dunia kelapan, Thomas dan ranking dunia ke-14, Spieth menang tiga daripada empat lubang pertama dan bergabung untuk tujuh birdies dalam 10 lubang untuk memenangi pertandingan 12-lubang di Kelab Golf Pelican di Belleair, Florida.

    “Ia sungguh hebat. Pengalaman yang menakjubkan. Kami bermain dengan selesa dan berjaya melakukan beberapa birdies,” kata Spieth.

    Bintang-bintang golf tersebut berseloroh antara satu sama lain dalam suasana yang tenang semasa pertandingan dengan format bola terbaik itu.

    “Kegembiraan memenangi pertandingan kali ini tidak setanding dengan kegembiraan berdiri di sini melihat Tiger bersedih (kerana kalah),” kata Spieth.

    Kejohanan itu berjaya mengumpul AS$2.6 juta untuk membantu mangsa Taufan Ian, yang melanda wilayah tersebut awal tahun ini.

    “Kami mampu melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini dalam sukan golf, untuk mengembangkannya dengan cara yang berbeza. Dan kepada mereka yang terkesan dengan Taufan Ian, kami dapat membantu mereka bina semula hidup di sini,” kata Woods. – AFP

    (Dari kiri): Jordan Spieth, Justin Thomas, Rory McIlroy dan Tiger Woods bergambar bersama sebelum bertanding dalam The Match di Kelab Golf Pelican, Belleair, Florida. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda