LOS ANGELES, 28 JAN – Amen Thompson membantu Houston Rockets kepada kemenangan 114-112 ke atas juara NBA, Boston Celtics, kelmarin, dengan permainan berbaki 1.3 saat.
Selepas dua kemenangan ke atas pendahulu Eastern Conference, Cleveland Cavaliers minggu lalu, Rockets bertahan untuk menewaskan satu lagi pasukan hebat dari conference itu, dengan memberikan kelebihan awal 11 mata kepada pasukan lawan tetapi bangkit selepas Celtics mendahului 12 mata pada awal suku keempat.
Dillon Brooks menjaringkan 36 mata dan Thompson menambah jaringan 33 mata tertinggi dalam kerjayanya dengan 10 rebound, empat assist, satu steal dan satu block untuk Rockets.
Jaringan tiga mata daripada Brooks menambah jaringan mata 13-0 untuk Rockets termasuk jaringan yang dilakukan oleh Thompson telah meletakkan Rockets 102-101.
Jaylen Brown menjaringkan 28 mata untuk mengetuai Celtics. Jayson Tatum menjaringkan kesemua 19 jaringan pada separuh masa kedua tetapi ia tidak dapat membawa Celtics mengatasi lawannya.
Selepas empat lagi pertukaran pendahuluan, Celtics telah mengikatnya 112-112 menerusi layup Tatum ketika berbaki 5.3 saat. Tetapi Thompson, pilihan keseluruhan keempat dalam draf 2023, mendorong pasukannya untuk memenangi permainan itu.
“Ia terasa hebat,” kata Thompson. “Inilah kemenangan perlawanan pertama saya. Saya rasa seperti Kobe (Bryant)!”
Dalam perlawanan lain, Cavaliers menamatkan tiga kekalahan berturut-turut pertama mereka musim ini dengan kemenangan 110-91 ke atas Detroit manakala Los Angeles Lakers mencatat kemenangan keempat berturut-turut 112-107 ke atas Charlotte Hornets. – AFP