Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thompson rangkul ATP sulung

    LOS CABOS, 25 FEB – Jordan Thompson dari Australia menewaskan Casper Ruud untuk melakar kejuaraan ATP pertama dalam kariernya dengan kemenangan 6-3, 7-6 (7/4) pada final Terbuka Los Cabos di Mexico kelmarin.

    Thompson – yang telah menumpaskan pilihan utama, Alexander Zverev dalam pertarungan separuh akhir yang berakhir pada awal pagi Sabtu – sekali lagi berusaha keras untuk mengatasi pilihan keempat, Ruud.

    Pemain Australia berusia 29 tahun itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda keletihan daripada pertarungan yang panjang dan meletihkan selama tiga jam 40 minit pada Jumaat dengan Zverev ketika dia menguasai perlawanan akhir pada Sabtu dengan finalis Grand Slam tiga kali dari Norway itu.

    “Ia adalah minggu yang luar biasa,” kata Thompson, yang turut menyelamatkan tiga mata perlawanan untuk bangkit daripada ketinggalan 6-0, 3-0 dalam kemenangan suku akhir ke atas Alex Michelsen sebelum ini dalam kejohanan itu.

    “Saya menghabiskan beberapa jam yang serius di gelanggang minggu ini dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang kerana berjaga lewat malam tadi dan sepanjang minggu. Para penonton sangat mengagumkan.

    “Ia merupakan satu perjalanan. Saya hampir berusia 30 tahun dan saya menjulang trofi. Saya tidak pernah terfikir akan melakukannya.” – AFP

    Thompson bergambar dengan trofinya selepas menjuarai perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Mexico ATP 250 di Kompleks Sukan Cabo di Los Cabos, Mexico pada 24 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda