PARIS, 10 JULAI – Aplikasi Threads yang dilancarkan oleh Instagram sebagai saingan kepada Twitter telah mendaftar lebih 100 juta pengguna dalam masa kurang lima hari, menurut laman web penjejakan data hari ini, memecahkan rekod alat AI ChatGPT untuk aplikasi pengguna yang paling pesat berkembang.
Walaupun ChatGPT mengambil masa dua bulan untuk mencapai 100 juta pengguna dan aplikasi perkongsian video TikTok mengambil masa sembilan bulan, Instagram sendiri mengambil masa dua setengah tahun untuk mencapai jumlah itu selepas pelancarannya pada 2010.
Threads dilancarkan di kedai aplikasi Apple dan Android di 100 buah negara lewat Rabu lalu, walaupun ia tidak tersedia di Eropah kerana syarikat induk Meta tidak pasti cara menavigasi perundangan privasi data Kesatuan Eropah. – AFP

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

