Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Threads raih 100 juta pengguna

    PARIS, 10 JULAI – Aplikasi Threads yang dilancarkan oleh Instagram sebagai saingan kepada Twitter telah meraih lebih daripada 100 juta pengguna dalam masa kurang daripada lima hari, kata laman web penjejakan data pada hari ini, memecahkan rekod ChatGPT untuk aplikasi pengguna yang paling berkembang pesat.

    Walaupun ChatGPT mengambil masa dua bulan untuk mencapai 100 juta pengguna dan aplikasi perkongsian video TikTok mengambil masa sembilan bulan, Instagram sendiri mengambil masa dua setengah tahun untuk mencecah jumlah itu selepas pelancarannya pada 2010.

    Threads disiarkan secara langsung di app store Apple dan Android di 100 negara lewat Rabu, walaupun ia tidak tersedia di Eropah kerana syarikat induk Meta tidak pasti kaedah sistem perundangan privasi data Kesatuan Eropah. Twitter dianggap mempunyai kira-kira 200 juta pengguna biasa tetapi ia telah mengalami kegagalan teknikal berulang sejak Elon Musk membeli platform itu tahun lepas dan memecat ribuan kakitangan.

    Usaha menyingkirkan Twitter dilihat sukar meskipun muncul beberapa pesaing, kebanyakannya aplikasi khusus tanpa kapasiti berkembang pada skala diperlukan bagi tujuan itu.

    Namun Threads dilihat lebih mudah meraih pelanggan kerana ia dikaitkan dengan Instagram, yang mempunyai lebih daripada satu bilion pengguna biasa.

    Perkhidmatan data dalam talian Quiver Quantitative melaporkan bahawa aplikasi itu melepasi 100 juta pengguna pada 0700 GMT hari ini. – AFP

    Gambar diambil di New York menunjukkan logo aplikasi Threads (kanan) dan Twitter. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda