Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thredz Relay tarik 33 penyertaan

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Pasukan Nyambui Runners muncul sebagai pemenang Perlumbaan 2.6km Thredz Relay 2019 selepas mereka mencatat masa 37:55 saat yang diadakan di sepanjang Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas baru-baru ini.

    Pasukan Positivesport.bn mendapat tempat kedua selepas mereka menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 39:14 saat manakala Siput Terkeran menduduki tempat ketiga selepas mencatat masa 40:59 saat.

    Sementara itu, Pasukan SPEAR ke Bulan pula memenangi perlumbaan 1.3km selepas mereka mencatat masa 21:30 saat manakala IR Runners dan SPEAR Gaban masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

    Pertandingan yang dihoskan oleh Pengiran Haji Mohd Yusni bin Pengiran Haji Daud berkenaan berjaya menarik sebanyak 33 penyertaan termasuk 19 penyertaan untuk kategori terbuka 2.6km dan 14 penyertaan untuk kategori santai 1.3km.

    Para pemenang acara Thredz Relay bergambar dengan hadiah masing-masing.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda