Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 lagi pengawal dipecat

    BANGKOK, 30 OKT – Raja Thailand memecat empat lagi pengawal diraja, termasuk dua yang melakukan ‘zina’ selepas seminggu peneman rasminya dilucutkan pangkat diraja kerana ‘tidak setia’.

    Menurut Warta Diraja semalam, Raja Maha Vajiralongkorn, 67, mengarahkan pemecatan dua pengawal lelaki dari bahagian ‘kamar beradu’.

    “Mereka didakwa melakukan perbuatan yang tidak wajar dan berzina,” kata kenyataan tersebut.

    Menurut warta itu, dua lagi pengawal gagal memenuhi piawaian sebagai pengawal diraja dan dipecat tanpa pampasan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda