Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thunberg sumbang AS$100,000 bantu kanak-kanak

    AMERIKA SYARIKAT, 30 APRIL – Aktivis alam sekitar kelahiran Sweden Greta Thunberg, 17, menyumbang AS$100,000 hadiah yang dimenanginya daripada Yayasan Danish kepada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sebagai bantuan bagi memerangi pandemik COVID-19.

    “Seperti krisis alam sekitar, pandemik koronavirus ini juga berkaitan krisis hak kanak-kanak,” Thunberg dipetik sebagai berkata dalam kenyataan UNICEF.

    “Ia akan menjejaskan semua kanak-kanak, sekarang dan dalam jangka panjang, tetapi kumpulan yang mudah terdedah akan paling terkesan,” tambahnya.

    “Saya meminta semua orang untuk bersama-sama menyokong UNICEF bagi membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak, melindungi kesihatan dan memastikan mereka terus mendapat pendidikan.”

    UNICEF berkata sumbangan itu akan dimanfaatkan bagi membantu kanak-kanak yang terjejas berikutan perintah berkurung dan penutupan sekolah.

    Ia turut difokuskan kepada kanak-kanak yang berada dalam keadaan kekurangan bekalan makanan, tersekat untuk mendapatkan sistem rawatan kesihatan, penderaan dan gagal mendapatkan kemudahan pendidikan.

    Aktivis itu turut berkata bahawa pada penghujung Mac lalu, beliau juga mengalami beberapa simptom koronavirus selepas pulang daripada percutian di Eropah. – AFP

    Greta Thunberg tiba untuk menghadiri mesyuarat dengan menteri alam sekitar EU di Bangunan Europa di Brussels. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda