LOS ANGELES, 20 JAN – Shai Gilgeous-Alexander mendahului jaringan dengan 27 mata ketika Oklahoma City Thunder merampas semula kemenangan 127-101 ke atas Brooklyn Nets, kelmarin.
Gilgeous-Alexander – yang terlepas kekalahan aksi kepada Dallas Jumaat lalu akibat kecederaan pergelangan tangan – menambah 10 assist dan empat steal bagi pungutan mata dalam kemenangan di tempat sendiri untuk pendahulu Western Conference.
Thunder menguasai perlawanan dalam suku pertama, mengatasi Nets 39-19 dan membuka kelebihan 29 mata pada lewat permainan sebelum meraih kemenangan.
Kemenangan itu melebarkan jurang pendahuluan Thunder di atas Western Conference kepada 6.5 perlawanan daripada Houston di tempat kedua.
Oklahoma City mendahului Conference itu dengan keputusan 35-7.
Sementara itu, Denver Nuggets kekal dalam kumpulan pesaing OKC dengan kekalahan 113-100 ke atas Orlando Magic di Florida.
Bintang Nuggets, Nikola Jokic mencatat triple-double ke-18 musim ini dalam kemenangan itu, sekali gus menamatkan perlawanan dengan 20 mata, 14 rebound, 10 assist, tiga steal dan tiga block.
Nuggets ketinggalan 10 mata pada pertengahan suku kedua tetapi mereka berjaya mendominasi permainan pada suku ketiga, mengatasi Magic 39-25 sebelum melebarkan kelebihan mereka kepada 24 mata pada suku keempat.
Kemenangan itu melanjutkan siri kemenangan Nuggets kepada enam perlawanan.
Nuggets kini memperoleh keputusan 26-16 dan menduduki tempat keempat di Western Conference. – AFP