Thursday, January 30, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thunder kecewakan Blazers

    LOS ANGELES, 27 JAN – Bintang Oklahoma City Thunder, Shai Gilgeous-Alexander, menjaringkan 35 mata ketika Thunder bangkit meraih kemenangan 118-108 di Portland, kelmarin, untuk melonjakkan rekod terbaik NBA mereka kepada 37-8.

    Thunder, yang dikejutkan oleh Dallas Mavericks Khamis lalu, menghalang kebangkitan lewat Trail Blazers untuk menamatkan rentetan kemenangan empat perlawanan mereka.

    Jalen Williams menjaringkan 24 mata dan Isaiah Joe menambah jaringan 16 mata daripada bangku simpanan. Pemain tengah, Isaiah Hartenstein, kembali selepas ketiadaan lima perlawanan akibat kecederaan betis, menambah jaringan 14 mata, 11 rebound, enam assist dan satu block.

    Tetapi pendahulu Western Conference itu berada di bawah tekanan lewat apabila Blazers yang ketinggalan 15 mata menjelang suku keempat, mengurangkan defisit kepada enam menerusi jaringan tiga mata, Anfernee Simons, dengan baki perlawanan 2:37.

    Thunder mendahului 112-106 dengan baki 1:49 apabila Hartenstein melakukan jaringan hasil hantaran Gilgeous-Alexander.

    Gilgeous-Alexander kemudiannya membuat layup untuk kembali mendahului perlawanan dengan dua mata.

    “Hanya berusaha melakukan yang terbaik,” kata Hartenstein mengenai kunci kebangkitan pasukannya terhadap Blazers. – AFP

    Cason Wallace (kanan) bersaing untuk mendapatkan bola dengan Anfernee Simons semasa separuh masa pertama di Moda Center pada 26 Januari di Portland, Oregon. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda