Thunder kejutkan Rockets

LOS ANGELES, 10 Feb – Russell Westbrook menyamai rekod NBA dengan sembilan triple-double berturut-turut dan Paul George menjaringkan 45 mata dalam perlawanan menyaksikan Oklahoma City Thunder kembali bangkit dari defisit 26 mata untuk menewaskan Houston Rockets, pagi tadi.

Westbrook mencatatkan 21 mata, 11 asis dan 12 rebound sekali gus melengkapkan triple-double kesembilannya, menyamai rekod yang dilakarkan oleh Wilt Chamberlain pada 1968.

Westbrook menjaringkan lapan daripada 21 lontaran dari atas gelanggang. Tetapi jaringannya itu sudah cukup bagi membantu Thunder untuk menang biarpun 42 mata dari bintang Rockets, James Harden.

Harden menghasilkan 30 mata bagi perlawanan ke-29 berturut-turut, ketinggalan dua mata di belakang Chamberlain bagi jaringan kedua terpanjang dalam sejarah liga tetapi masih jauh dari rekod yang dicatatkan Chamberlain dengan 30 mata dalam 65 perlawanan.

Harden menghasilkan 11 daripada 28 lontaran dari atas gelanggang dan 14 dari 15 lontaran bebas.

Jaringan Westbrook meletakkan Oklahoma City di depan 113-112 dengan perlawanan hanya berbaki 26.9 saat. Harden kemudian terlepas percubaan jaringan tiga mata dan George menghasilkan rebound dan dikasari.

Dia menghasilkan dua lontaran bebas sebelum Thunder bertahan untuk menang dengan jaringan 117-112. – AFP

Pemain Thunder, George (dua kiri) membuat percubaan ketika pemain pertahanan Rockets, Harden (kiri) cuba untuk menghalangnya semasa perlawanan NBA di Houston, kelmarin. – AP