Khamis, November 20, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thunder kekal pendahulu Western Conference

    LOS ANGELES, 18 NOV – Oklahoma City Thunder menewaskan New Orleans Pelicans untuk mengekalkan kedudukan mendahului di Western Conference NBA kelmarin, apabila Detroit Pistons meraih kemenangan ke-10 berturut-turut bagi melanjutkan kelebihan mereka di puncak kedudukan Eastern Conference.

    Juara bertahan NBA, Thunder, meningkat kepada 14-1 untuk musim ini dengan kemenangan 126-109 di tempat lawan di New Orleans hasil jaringan 26 mata daripada Chet Holmgren manakala Shai Gilgeous-Alexander menjaringkan 23 mata.

    Perlawanan itu hampir dimuktamadkan pada suku pembukaan, apabila Thunder mencatatkan rekod francais 49 mata untuk memenangi perlawanan mengatasi Pelicans.

    Sekali lagi, serangan seimbang Thunder menjadi penentu kemenangan, dengan enam pemain menamatkan perlawanan dengan menjaringkan 10 mata atau lebih dalam kemenangan berturut-turut.

    Pemain NBA Paling Berharga, Gilgeous-Alexander kini telah mencatatkan 87 perlawanan berturut-turut di mana dia telah menjaringkan 20 mata atau lebih.

    Hanya pemain hebat NBA, Wilt Chamberlain, yang mendahului ranking sepanjang zaman dengan rentetan jaringan 20 mata dalam 92 dan 126 perlawanan, telah mencapai lebih banyak lagi. Jeremiah Fears mendahului penjaring Pelicans dengan 24 mata ketika mereka mengalami kekalahan ke-12 musim ini.

    Thunder mendahului Western Conference mengatasi Denver Nuggets yang berada di tempat kedua, yang ditewaskan 130-127 oleh Chicago Bulls, kelmarin.

    Nikola Jokic menjaringkan 36 mata triple double untuk Nuggets, tetapi Bulls berjaya mengekalkan kebangkitan suku keempat untuk meraih kemenangan. – AFP

    Gilgeous-Alexander (kiri) menggelecek Herbert Jones semasa perlawanan NBA pad 17 November di New Orleans. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda