Saturday, December 28, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thunder pertahanan rekod menang

    WASHINGTON, 27 DIS – Shai Gilgeous-Alexander menyamai karier tertingginya dengan 45 mata untuk mendahului Oklahoma City Thunder ke atas Indiana Pacers 120-114 kelmarin, melanjutkan rekod kemenangan NBA mereka kepada sembilan perlawanan.

    Pemain Kanada berusia 26 tahun itu membuat 15 daripada 22 jaringan mata, empat daripada lima jaringan tiga mata, dan kesemua 11 lontaran percumanya sambil menambah tujuh rebound, lapan assist, dua block dan satu steal dalam perlawanan maestro.

    “Permainan tambahan yang meletakkan kami di hadapan,” kata Gilgeous-Alexander.

    “Kami mempunyai pemain yang ingin melakukan apa sahaja untuk menang dan itulah sebabnya kami menang,” katanya lagi.

    Jalen Williams menambah 20 mata dan Isaiah Hartenstein pula menjaringkan 11 mata dan 13 rebound untuk Thunder dalam double-double ke-11nya musim ini.

    Thunder yang mendahului Western Conference dengan 24-5 terus maju walaupun kalah dalam perlawanan akhir Piala NBA kepada Milwaukee.

    “Perkara utama ialah kami bersungguh-sungguh,” kata Hartenstein. “Kami tidak bermain sambil lewa. Kami sangat menyokong satu sama lain.

    “Kami tidak cuba meletakkan sesuatu untuk tontonan di televisyen atau untuk tontonan dunia,” tambahnya.

    Andrew Nembhard mempimpin tuan rumah Pacers (15-16) dengan 23 mata. Pacers mendahului 61-53 pada separuh masa sebelum Thunder berada di hadapan pada separuh masa kedua dan menutup permainan dengan 17-7 untuk kemenangan. – AFP

    Reaksi Shai Gilgeous-Alexander selepas menjaringkan mata pada separuh masa kedua perlawanan bola keranjang NBA pada 26 Disember di Indianapolis, Indiana. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda