Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thunder rai kemenangan ketiga

    WASHINGTON, 26 OKT – Shai Gilgeous-Alexander dan Chet Holmgren memimpin pasukan Oklahoma City Thunder meraih kemenangan 117-100 di Atlanta kelmarin, meningkatkan kedudukan juara bertahan NBA Thunder kepada 3-0 pada musim ini.

    Holmgren menjaringkan 31 mata dan memperoleh 12 rebound manakala Gilgeous-Alexander, Pemain Paling Berharga NBA dan penjaring paling banyak, menyumbang 30 mata, lima assist dan empat rebound untuk Thunder.

    “Masih ada ruang untuk kami menjadi lebih baik,” kata Holmgren.

    “Kami boleh bermain dan melakukan yang terbaik dan itulah yang kami lakukan,” tambahnya.

    Gilgeous-Alexander, yang menjaringkan 55 dan 35 mata dalam dua kemenangan pertama, telah menunjukkan perkemba-ngan mengatasi kemahirannya untuk menjaringkan mata, kata jurulatih Thunder, Mark Daigneault.

    “Dia mempunyai keperibadian sekarang,” katanya mengenai Gilgeous-Alexander. “Ia satu penghargaan kepada usaha yang dilakukannya. Dia tidak bermain dengan mudah pada musim ini. Dia bersedia untuk bermain pada malam pertama dan untuk semua 82 perlawanan,” tambahnya.

    Kemenangan itu diraikan oleh Thunder, yang menjadi pasukan NBA pertama memulakan musim dengan dua perlawanan tambahan masa berganda ketika menewaskan Houston Rockets dan Indiana Pacers awal minggu ini. – AFP

    Gilgeous-Alexander bersaing untuk mendapatkan bola dengan Gainbridge Fieldhouse semasa perlawanan NBA pada 23 Oktober di Indianapolis. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda