Monday, March 17, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thyne Ann Goldsmith taja pasukan bola keranjang veteran

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Negara Brunei Darussalam akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Keranjang Antara Bandar Borneo dalam kategori lelaki, wanita dan veteran.

    Mereka akan menentang pasukan dari Miri, Kota Kinabalu dan Labuan dalam kejohanan yang berlangsung dari 28 hingga 30 April depan. 

    Sementara itu, pemilik Thyne Ann Goldsmith, Goh Kheng Thye telah menyerahkan jersi rasmi pasukan veteran kepada kapten pasukan, Kenny Lim.

    Kategori veteran terdiri daripada pemain berumur 40 tahun ke atas.

    “Kami akan mencuba yang terbaik untuk menang, mengekalkan gaya hidup aktif dan sihat merupakan objektif kami untuk terus bermain secara kompetitif,” jelas Kenny Lim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda