Friday, March 14, 2025
32.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tia terkena demam virus

    Vokalis kumpulan Jinbara, Tia atau nama sebenarnya Shamsul Bakhtiar Zakaria, dimasukkan ke sebuah hospital di Shah Alam, semalam akibat demam virus.

    Isteri yang juga pengurusnya, Suzan Ahmad berkata, dia pada mulanya menganggap suaminya hanya mengalami demam biasa.

    “Namun, apabila demam itu berlarutan dan tidak menunjukkan tanda untuk pulih selepas lima hari, saya mula bimbang dan membawanya ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

    “Doktor pada mulanya mengesyaki dia mungkin menghidap denggi, namun disahkan bebas selepas menjalani ujian darah.

    “Suami turut menjalani ujian Influenza, tetapi keputusan menunjukkan negatif. Selepas disahkan menghidap demam virus, dia ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

    Suzan berkata, suaminya perlu menjalani beberapa pemeriksaan, termasuk buah pinggang untuk memastikan tiada masalah lain.

    “Buat masa ini, kami masih menanti keputusan terkini ujian darah yang dilakukan. Kami berdoa dia tidak berdepan masalah serius,” katanya yang turut berkongsi perkara itu menerusi laman sosial. – Agensi

    Setelah lima hari demam dan tidak surut-surut, isteri merangkap pengurusnya, Suzan Ahmad membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda