Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada anggota MALBATT terbabit

    KUALA LUMPUR, 5 OGOS – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan tiada anggotanya yang bertugas di Lubnan terbabit dalam insiden letupan di Beirut pada petang Selasa.

    Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecederaan membabitkan 216 anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang menyertai Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) di Lubnan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda