Wednesday, March 26, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada apa yang serius – Edika Yusof

    Pelakon Malaysia, Edika Yusof, 58, akan cuba berbincang dengan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 47, walaupun wanita itu sudah memfailkan tuntutan perceraian terhadapnya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Februari lalu.

    Edika menyifatkan tiada apa yang serius dan akan mengemas kini mengenainya yang mungkin berpunca daripada tidak sekufu di pihak isterinya itu.

    Terdahulu menurut HMetro, rumah tangga Edika dan Nor Hidayah selama 22 tahun kini di ambang perpisahan apabila wanita itu difahamkan sudah memfailkan perceraian pada pertengahan Februari lalu.

    Peguam syarie mewakili Nor Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim mengesahkannya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.

    “Untuk hari ini (semalam) adalah sebutan kali pertama kes (cerai) dan ia sebutan biasa saja iaitu bagi penyerahan dokumen-dokumen daripada anak guam selaku plaintif.

    “Sepatutnya pihak defendan (Edika) juga perlu hadir hari ini, namun kami menerima surat daripada pihaknya yang menyatakan tidak dapat hadir atas alasan bekerja.

    “Jadi, mahkamah memutuskan sebutan kes dibawa kepada tarikh baru dan menetapkan 23 April depan untuk sebutan semula,” katanya. – Agensi

    Edika akan cuba berbincang walaupun Nor Hidayah sudah memfailkan tuntutan perceraian terhadapnya pada Februari lalu. – Gambar IG

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda