Monday, November 25, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada balak dalam kawasan kilang klinker, simen di TONGOD

    TONGOD, 24 NOV – Pengerusi Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd (BCS), Datuk Masiung Banah menjelaskan tiada balak dalam kawasan bukit batu kapur seperti dicadangkan untuk kilang klinker dan simen di Kampung Kayawoi, dekat sini.

    Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut itu berkata walaupun pada awalnya terdapat sisa kayu balak di kawasan rendah, tetapi aktiviti pembalakan telah berlaku sejak beberapa tahun lepas sebelum kilang berkenaan dicadangkan.

    “Dakwaan syarikat itu turut melakukan pembalakan semasa menjalankan kerja-kerja tanah bagi membina laluan ke tapak kuari kilang tersebut adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Beliau yang telah melawat kerja-kerja fasa pertama di antara lokasi tapak kuari BCS di Kampung Susui, dekat sini, berkata hampir keseluruhan jajaran bukit batu kapur di kawasan itu yang dilesenkan oleh Penilaian Kesan Kepada Alam Sekililing (EIA) kurang ditumbuhi kayu kayan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda