KUCHING, 5 APRIL – Kerajaan negeri Sarawak membuat keputusan untuk tidak membenarkan bazar Ramadan dan bazar Gawai di negeri ini tahun ini bagi membendung penularan wabak COVID-19, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Berikutan keputusan itu, beliau berkata peniaga dan pembeli di negeri ini digalak menggunakan transaksi jual-beli dalam talian atau e-bazar Ramadan bagi