Saturday, July 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada bukti sahih berhubung lokasi Jho Low

    KUALA LUMPUR, 24 JULAI – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menjalinkan kerjasama erat dan berterusan dengan pihak berkuasa serta agensi penguat kuasa antarabangsa bagi mengesan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
     
    Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata hasil semakan dan maklumat yang diterima setakat ini tidak menemukan sebarang bukti atau fakta sokongan yang sahih berhubung lokasi semasa Jho Low mahupun penggunaan pasport oleh individu berkenaan.
     
    “Berhubung laporan tertentu yang mengaitkan lokasi serta penggunaan pasport oleh individu itu, saya tegaskan bahawa perkara berkenaan belum disokong dengan apa-apa bukti sah sehingga kini. Jadi ia kekal sebagai dakwaan,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) hari ini.
     
    Baru-baru ini, terdapat dakwaan menyatakan Jho Low yang terlibat skandal 1MDB kini menetap di sebuah kawasan elit di Shanghai, China menggunakan pasport Australia yang palsu. – Bernama
    Saifuddin bercakap semasa sidang media selepas menghadiri lawatan kerja ke NSRC di Sasana Kijang pada 24 Julai. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda