Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada buku sejarah semasa Sukan Asia

    TOKYO, 31 Jan – Para penganjur Jepun bagi Sukan Musim Sejuk Asia bulan depan berkata buku-buku sejarah yang menimbulkan perbalahan akan dikeluarkan dari bilik tetamu di hotel yang akan digunakan untuk menempatkan para atlet.

    Para penganjur juga mengatakan para atlet China akan ditempatkan di hotel lain mengikut permintaan dari Beijing.

    Pengendali rangkaian hotel Jepun yang pesat berkembang, APA Group, berdepan kritikan di China dan di tempat lain berhubung buku sejarah yang ditulis oleh pemiliknya yang mengatakan Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing 1937 adalah rekaan. Salinan buku itu elah diletakkan di setiap bilik tetamu.

    Para penganjur Jepun dan hotel itu berkata hari ini mereka bersetuju semua bahan cetak, termasuklah buku, akan dikeluarkan dari bilik-bilik tetamu di hotel Sapporo, APA ketika acara itu yang akan berlangsung pada 19-26 Februari. – AP

    Kenderaan diselaputi salji kelihatan di hadapan Hotel APA di Sapporo, utara Jepun. Penganjur Jepun bagi Sukan Musim Sejuk Asia mengatakan buku sejarah nasional akan dipindahkan dari bilik hotel yang akan menempatkan atlet. – AP
    Kenderaan diselaputi salji kelihatan di hadapan Hotel APA di Sapporo, utara Jepun. Penganjur Jepun bagi Sukan Musim Sejuk Asia mengatakan buku sejarah nasional akan dipindahkan dari bilik hotel yang akan menempatkan atlet. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda