Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada dakwaan ke atas ‘bangunan pembunuh’

    WELLINGTON, 30 Nov – Polis New Zealand hari ini telah mengetepikan dakwaan jenayah ke atas keruntuhan teruk sebuah blok pejabat yang meragut 115 nyawa pada gempa bumi Christchurch 2011.

    Bangunan CTV itu runtuh dan kemudian terbakar selepas gegaran 6.3 magnitud pada 22 Februari 2011, mengorbankan mangsa yang terperangkap di dalamnya, termasuk 65 orang pelajar asing yang sebahagian besarnya dari Jepun dan China.

    Selepas penyiasatan selama empat tahun, polis berkata bahawa mereka tidak mempunyai bukti secukupnya untuk meneruskan dakwaan kecuaian yang membawa kepada kematian ke atas jurutera yang bertanggungjawab atas bangunan itu.

    “Bukti yang sedia ada tidak cukup untuk memberikan prospek secukupnya untuk dibawa ke mahkamah,” menurut kenyataan polis.

    Keruntuhan bangunan itu merangkumi dua pertiga daripada 185 kematian dalam tempoh 80 tahun gempa teruk di New Zealand.

    Suruhanjaya diraja menyimpulkan pada tahun 2012 bahawa bangunan enam tingkat itu, blok pejabat era 1980-an direka dengan keadaan sangat teruk, dan ia tidak seharusnya menerima permit pembinaan.

    Ia juga sudah mengalami kerosakan selepas dua gempa sebelum gegaran Februari, sesuatu yang majlis setempat gagal menyedarinya, menyebabkannya masih dihuni.

    Bangunan itu runtuh dalam masa 20 saat ketika gegeran dan kemudian terbakar dengan teruk sehingga pakar fosensik terpaksa menggunakan ujian DNA bagi mengenal pasti mangsa-mangsa terlibat.

    Superintendan detektif, Peter Read berkata dia sedar bahawa pihak keluarga mangsa pasti akan kecewa.

    “Jika saya memilih untuk menggunakan kata hati, kami sudah pasti membuat dakwaan tetapi saya tidak boleh begitu, saya perlu menggunakan kepala saya,” katanya kepada wartawan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda