Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Tiada Deltacron dikesan setakat ini

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Kementerian Kesihatan sentiasa meneliti akan perkembangan jangkitan varian-varian yang berlaku sama ada variant of interest mahupun variant of concern dari semasa ke semasa.

    Menurut penjelasan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media hari ini bahawa varian berkenaan merupakan kombinasi antara varian Delta dan Omicron.

    “Meskipun belum banyak data mengenainya, namun apa yang perlu kita ketahui bahawa varian Deltacron ini tidak lebih berbahaya berbanding varian Omicron pada masa ini,” tekan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Sementara itu, Yang Berhormat Dato juga berkongsi bahawa varian tersebut masih dalam pemantauan lanjut di seluruh dunia termasuklah Kementerian Kesihatan di mana ujian-ujian yang dilakukan menerusi pensampelan gene sequencing dan varian berkenaan tiada dikesan di negara setakat ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...