LONDON, 2 NOV – Ben Chilwell mengatakan rahsia kejayaan Chelsea adalah kurangnya sikap ego dalam pasukan Thomas Tuchel.
Chelsea menuju ke Malmo hari ini dalam Liga Juara-Juara (UCL) untuk melangkah lebih dekat ke pusingan 16 terakhir.
Mereka berada di tempat kedua dalam Kumpulan H selepas memenangi dua daripada tiga perlawanan pertama mereka.
Juara Eropah itu juga menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris ketika mereka memburu lebih banyak piala dalam musim penuh pertama Tuchel sebagai pengurus.
Pemain pertahanan kiri England, Chilwell telah mendapat semula tempatnya dalam pasukan Tuchel selepas memulakan musim di bangku simpanan.
Pemain berusia 24 tahun tersebut berkata sikapnya yang tidak mementingkan diri ketika bermain dengan Marcos Alonso melambangkan budaya Chelsea yang mengutamakan pasukan di bawah pengurusan Tuchel.
“Ia jelas mengecewakan kerana sebagai pemain bola sepak, awda ingin bermain minggu demi minggu,” kata Chilwell.
“Apabila awda mempunyai pasukan seperti yang kami lakukan di Chelsea, dengan 20, 25 pemain bertaraf dunia dan dua atau tiga perlawanan di setiap posisi, awda perlu faham bahawa awda tidak akan bermain setiap perlawanan dan hanya untuk menyokong kumpulan itu,” tambahnya. – AFP
