Sunday, May 4, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada istilah jaga imej, Kenji Sawahi terima pelbagai watak

    Sebagai seorang pelakon Malaysia yang sudah lebih 40 tahun terlibat dalam dunia seni, Kenji Sawahi ada cara tersendiri untuk terus kekal bertahan.

    Bagi Kenji, 61, seorang pelakon seharusnya terbuka menerima pelbagai tawaran dan tidak hanya terikat dengan satu watak demi menjaga imej atau penampilan.

    Menurutnya, pelakon adalah orang yang bertanggungjawab menghidupkan setiap watak bagi memberi impak kepada jalan cerita.

    “Bagi saya, pelakon tak boleh nak cipta imej mereka sendiri. Sebagai pelakon kita ini ‘kosong’ dan berlakon mengikut watak dalam skrip.

    “Ada sesetengah pelakon, contohnya tidak mahu mengambil watak sebagai ibu kerana mahu menjaga imej. Itu tidak boleh. Saya sendiri tidak bentuk imej tertentu sebagai pelakon. Seronok apabila diberi pelbagai watak kerana itu adalah satu cabaran,” katanya, menurut laporan mStar.

    Terbaharu, Kenji tampil dengan watak sebagai seorang usahawan berjaya dalam drama terbaharu berjudul Ternyata Sebuah Bahagia yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Ria.

    Dalam pada itu, pelakon itu juga tegas dalam soal bayaran agar tidak ada pihak produksi cuba mengambil kesempatan atas pelakon senior sepertinya.

    Bercakap lanjut, Kenji juga menasihati produksi agar lebih peka dan mengenali pelakon senior sebelum membuat tawaran. – Agensi

    Kenji sedia galas pelbagai watak dalam lakonan. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda