Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada jangkaan cuaca buruk luar biasa

    KUALA LUMPUR, 24 OKT – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak menjangkakan akan berlaku cuaca buruk luar biasa pada penghujung bulan ini seperti yang tular dalam rakaman video di pelbagai platform media sosial serta aplikasi WhatsApp.

    Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata melalui pemantauan terkini, keadaan cuaca di Malaysia sedang dipengaruhi penumpuan angin di Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah sehingga penghujung Oktober yang berpotensi menyebabkan keadaan cuaca lembap di kebanyakan negeri.

    Beliau berkata pada masa sama, satu sistem tekanan rendah terbentuk di barat Filipina dan dijangka bergerak ke arah barat dan barat laut menjauhi rantau negara yang akan memberi sedikit kesan terhadap keadaan laut. 

    Katanya, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dikeluarkan hari ini dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang dalam tempoh 27 hingga 30 Oktober. – Bernama

    Masih terdapat sebahagian penumpang dan pengguna bot penambang yang mengabaikan penggunaan jaket keselamatan walaupun dalam cuaca buruk dan hujan di jeti penambang Ujung Pasir di pusat bandar Labuan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda