Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada jangkitan baharu COVID-19

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Tiada kes jangkitan baharu COVID-19 dicatatkan di Negara Brunei Darussalam setakat 12 tengah hari ini, mengekalkan jumlah keseluruhan kes seramai 259 orang.

    Sementara itu, tiada kes sembuh telah dicatatkan pada hari ini, menjadikan kes yang aktif kepada 10 kes dengan kesemua kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan adalah dalam keadaan yang baik, menurut kenyataan harian yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 ialah pada 6 Mei 2020 (418 hari yang lalu), di mana jumlah kes import sejak kes jangkitan terakhir tempatan dilaporkan ialah sebanyak 118 kes.

    Kenyataan turut mengongsikan bahawa seramai 727 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala seramai 20,673 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

    Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 359 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 140,127 ujian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda