Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada jangkitan baharu direkodkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Setakat 12 tengah hari ini, tiada kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan di Negara Brunei Darussalam menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal seramai 147 orang dan satu kes yang masih aktif.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, hari ini, kes terakhir jangkitan tempatan ialah pada 6 Mei iaitu 163 hari yang lalu) di mana jumlah kes import sejak kes jangkitan terakhir tempatan dilaporkan ialah enam kes.

    Kementerian Kesihatan turut mengongsikan bahawa seramai 331 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori dengan seramai 6,993 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

    Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 406 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 64,302 ujian.

    Kementerian Kesihatan turut memaklumkan bahawa bagi orang ramai yang ingin mendapatkan ujian saringan SARS-CoV-2 (swab test), terutama bagi mereka yang ingin membuat perjalanan keluar negara hendaklah menjalankan ujian saringan berkenaan sekurang-kurangya tiga hingga lima hari sebelum tarikh penerbangan mereka iaitu tertakluk kepada syarat-syarat negara yang akan dituju.

    Ujian berkenaan boleh didapati di Pusat Kesihatan Berakas dan Kompleks Sukan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Kementerian Kesihatan, www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi, BruHealth.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda