Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada jodoh

    Juara musim kedua Akademi Fantasia (AF), Zahid Baharudin akur jodoh dengan Sarah Julifa Yusof tidak panjang apabila mengesahkan mereka bercerai pada 18 Julai lalu.

    Sepanjang enam tahun berkahwin, Zahid dan Sarah dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Zareef Nufael berusia lima tahun.

    Zahid dan Sarah bernikah pada 7 Jun 2013.

    Zahid memberitahu, dia dan bekas isteri berpisah secara baik selepas berusaha menyelesaikan kemelut yang dihadapi selama setahun.

    “Semuanya dilakukan dengan cara baik. Tidak wujud orang ketiga atau bergaduh. Sebab itu saya tak mahu kecoh sangat mengumumkan perceraian terutama menjaga perasaan Sarah dan keluarga masing-masing. Saya juga perlu menjaga anak saya, bimbang dia dapat cerita yang mungkin diterjemahkan melalui cara berbeza,” katanya kepada BH Online.

    Tambah Zahid, 39, beliau dan bekas isteri sepakat menjaga anak bergilir-gilir.

    “Tidak ada peraturan itu dan ini dalam menjaga anak. Siapa berkelapangan, dia boleh ambil dan jaga Zareef pada bila-bila masa,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, Zahid sibuk mempromosikan kumpulan Overall Band yang dianggotainya sejak Ramadan lalu.

    “Ketika ini, kami sibuk mempromosikan lagu Redha,” katanya. – Agensi

    Zahid menyatakan keputusan penceraian dibuat secara baik. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda