Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Tiada kerosakan di tapak nuklear Iran – IAEA

    VIENNA, 19 APRIL – Tiada kerosakan ditemui di tapak nuklear Iran berikutan letupan di tengah Iran hari ini yang disifatkan sebagai serangan balas dendam Israel, kata Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

    “IAEA mengesahkan tiada kerosakan di tapak nuklear Iran,” kata agensi yang berpangkalan di Vienna di platform X, sambil menambah ia sedang memantau keadaan itu dengan teliti.

    Agensi itu menggesa ‘semua orang mengamalkan sikap sabar’ dan menambah bahawa ‘kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.’

    Agensi berita Iran, Fars melaporkan ‘tiga letupan’ kedengaran berhampiran Qahjavarestan, berhampiran Lapangan Terbang Isfahan dan pangkalan udara tentera Shekari ke-8.

    Kemudahan nuklear di Isfahan dilaporkan ‘sepenuhnya selamat,’ kata agensi berita Iran, Tasnim.

    Israel sebelum ini memberi amaran akan menyerang balik selepas Iran menembak ratusan peluru berpandu dan dron ke arah Israel hampir seminggu lalu, sebagai tindakan balas terhadap serangan maut – dipersalahkan oleh Tehran terhadap musuh ketatnya – yang memusnahkan bangunan konsular Iran di kedutaannya di Syria.

    Ketua IAEA, Rafael Grossi, berkata Isnin lalu Iran telah menutup kemudahan nuklearnya atas sebab-sebab keselamatan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...