Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada kes baharu, 261 jalani pengasingan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Setakat jam 12 tengah hari ini, tidak ada kes baharu telah dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 147 orang dengan satu kes yang masih aktif.

    Kementerian Kesihatan memaklumkan mengenai pengemaskinian status terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam itu

    melalui siaran akhbarnya hari ini yang turut mengongsikan kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 ialah pada 6 Mei iaitu 167 hari lalu, di mana jumlah kes import sejak kes jangkitan terakhir tempatan dilaporkan ialah enam kes.

    Selain itu, turut dinyatakan juga ialah ringkasan pengasingan diri iaitu sejumlah 261 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala sejumlah 7,150 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

    Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 124 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 65,207 ujian.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda