Tiada kes baharu, 443 sedang jalani pengasingan diri mandatori

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Negara Brunei Darussalam terus tidak mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal 144 orang dengan dua kes masih aktif.

Pengemaskinian status tersebut telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari ini.

Kementerian Kesihatan juga mengongsikan bahawa seramai 443 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori dengan 5,014 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 329 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 52,185 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.