Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Tiada kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan di Negara Brunei Darussalam setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal seramai 207 orang.
Sementara itu, tiada kes sembuh telah dicatatkan pada hari ini, menjadikan kes yang aktif kekal 13 kes dan kesemua kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan
adalah dalam keadaan yang baik, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, hari ini.
Kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 ialah pada 6 Mei 2020 (327 hari yang lalu), di mana jumlah kes import sejak kes jangkitan terakhir tempatan dilaporkan ialah sebanyak 66 kes.
Selain itu, turut mengongsikan bahawa seramai 547 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala seramai 15,692 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.
Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 187 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 113,722 ujian.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.