Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada kes baharu dicatat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Negara Brunei Darussalam kekal seramai 227 dengan tidak ada kes baharu jangkitan direkodkan di negara ini setakat 12 tengah hari ini.

    Sementara itu, tiada kes sembuh juga dicatatkan, menjadikan kes yang aktif kekal enam kes dengan kesemua kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan dalam keadaan yang baik.

    Kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 adalah pada 6 Mei 2020 (361 hari yang lalu), di mana jumlah kes import sejak kes jangkitan terakhir tempatan dilaporkan ialah sebanyak 86 kes.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hariannya, hari ini, turut mengongsikan bahawa seramai 393 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori manakala sejumlah 17,606 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

    Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 161 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 121,314 ujian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda