Saturday, December 21, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada kes baharu Mpox dikesan di Malaysia

    KUALA LUMPUR, 18 NOV – Tiada kes baharu cacar monyet atau monkeypox (Mpox) yang dikesan setakat hari ini selepas kes terakhir dilaporkan pada 16 September lepas, kata Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

    Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.

    “Setakat ini yang kita tahu, tiada kes baharu dan kes dahulu hanya satu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak Perkhidmatan Transplan Sel Stem/Sumsum Tulang KKM di Hospital Ampang, di Kuala Lumpur hari ini.

    Pada 16 September lepas, KKM mengesahkan satu kes positif cacar monyet dalam varian clade II dikesan, menjadikan semua 10 kes sejak 26 Julai 2023.

    Virus Mpox clade I dikategorikan sebagai mudah berjangkit dan mempunyai kadar kematian 10 peratus, manakala clade II mempunyai kadar kematian lebih rendah. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda