Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tiada kes dalam kategori 5

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Jumlah kes yang berada di kategori 4 dan 5 pada ketika ini kekal tujuh kes di mana kes tersebut kini berada dalam kategori 4 dan tidak ada kes berada dalam kategori 5.

    Dalam masa 24 jam yang lalu, dua pesakit telah meninggal dunia. Seorang dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID yang mana kes ini telah menerima dua dos vaksin.

    Manakala, seorang lagi tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan oleh COVID. 

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikan perkara itu pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurutnya, 745 kes baharu telah dilaporkan hari ini, membawa kepada jumlah keseluruhan kepada 133,726 kes dan daripada jumlah kes baharu itu, 658 adalah hasil ujian ART yang dimuat naikkan ke aplikasi BruHealth manakala 87 adalah daripada 1,597 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Sementara itu, 1,210 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes sembuh keseluruhan di Negara Brunei Darussalam kepada 127,970 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 5,548 kes iaitu 91 kes aktif berada di pusat-pusat pengasingan dan hospital-hospital manakala 5,457 kes positif sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Bagi Program Vaksinasi Kebangsaan pula, mereka yang menerima tiga dos vaksin ialah 61.2 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini, kongsi Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...