Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Sebanyak 244 kes jangkitan baharu COVID-19 disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh di negara ini kepada 266,544 kes.
Menurut infografik Status Harian Norma Baharu COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, menyatakan terdapat dua kes berada dalam kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi dan tidak ada kes berada dalam kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU).
Sementara itu, bagi program vaksinasi setakat 29 Disember, sebanyak 87.3 peratus kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.5 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.
Manakala, sebanyak 79 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 11.5 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.
