Friday, November 15, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada kuasa boleh halang kemajuan teknologi China – Xi

    BEIJING, 28 MAC – Pemimpin China, Xi Jinping kelmarin memberitahu Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, kemajuan teknologi China tidak boleh disekat, ketika mereka bertemu di Beijing untuk perbincangan mengenai subjek termasuk industri semikonduktor penting.

    Pembekal mesin pembuat cip Belanda, ASML, adalah salah satu pengeluar peralatan terkemuka di dunia untuk membuat semikonduktor tercanggih, digunakan dalam segala-galanya daripada telefon mudah alih hingga kereta.

    Sektor itu telah menjadi medan pertenglikahan utama dalam beberapa tahun kebelakangan ini, di mana Amerika Syarikat (AS) dan beberapa buah negara Eropah telah menyekat eksport teknologi cip berteknologi tinggi ke China kerana bimbang ia digunakan untuk tujuan ketenteraan.

    ASML mengumumkan tahun ini ia telah disekat daripada mengeksport ‘sebilangan kecil’ mesin canggihnya ke China, berdasarkan laporan AS terhadap kerajaan Belanda.

    “Rakyat China juga mempunyai hak pembangunan yang sah, dan tiada kuasa boleh menghalang kadar kemajuan sains dan teknologi China,” kata Xi kepada Rutte kelmarin menurut agensi berita negara Xinhua.

    Xi menambah ‘China akan terus mengejar pendekatan menang-menang (dan) membuka lebih luas kepada dunia luar pada peringkat tinggi.’

    “Tiada jalan keluar untuk ‘menghapuskan gandingan dan memutuskan rantaian,’ dan pembukaan dan kerjasama adalah satu-satunya pilihan,” kata beliau menurut laporan Xinhua.

    Rutte memberitahu pemberita pada sidang akhbar dia tidak boleh berkongsi butiran tentang apa yang telah dibincangkan mengenai semikonduktor. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda